Sunday 1 December 2013

Jenis-Jenis Burung

PENGENALAN



           Burung adalah binatang yang mempunyai tulang belakang atau “vertebrata”. Mereka juga mempunyai bulu burung, sepasang sayap dan dua kaki. Mereka membiak melalui telur. Darah burung panas dan suhu badannya malar. Burung dikelaskan bawah Kelas Aves. Kajian tentang burung dipanggil “Ornithology”. 

           Terdapat lebih kurang 750 spesies burung di Malaysia. Ada burung yang berhijrah dan melawat pada masa-masa tertentu. Ada juga burung yang hidup di Malaysia sepanjang tahun. Ada juga burung yang diimport untuk dipelihara sebagai burung kesayangan dan terlepas atau terlepas oleh pemilknya dan sekarang berhidup liar. Banyak jenis burung juga diimport sebagai burung ternakan.

BURUNG MERAK


Nama Melayu      :  Burung Merak
Keluarga              :  PHASIANIDAE
Nama Saintifik     :   Pavo Muticus
Nama Lain     :    Peacock
Saiz Biasa  :     75 cm

Burung besar yang juga terdapat liar di Malaysia.

BURUNG MERPATI




Nama Melayu    :   Burung Merpati
Keluarga               :    COLUMBIDAE
Nama Saintifik         : Columbia Domestica
Nama Lain  :         Pigeon
Saiz Biasa  :        32 cm

Biasa dipelihara sebagai burung kesayangan atau ternakan. Boleh dibiarkan berlepas dan mereka akan kembali ke rumahnya.
 


BURUNG UNTA



Nama Melayu : Burung Unta
Keluarga    : STRUTHIONIDAE
Nama Saintifik : Struthio camelus
Nama Lain : Ostrich
Saiz Biasa  : 210 cm

Burung besar yang tidak boleh terbang. Gemar sebagai burung ternakan di Malaysia.

BURUNG MURAI RIMBA


Nama Melayu : Murai Rimba 
                                      = Murai Batu / Hutan
Keluarga : PASSERIFORMES
Nama saintifik   : Copsychys malabaricus
Nama Inggeris : Common sharma
Saiz biasa : 25 cm

Mudah untuk membezakan burung betina dan burung betina. Yang betina mempunyai ekor yang lebih pendek dan kepalanya warna kelabu. Diminati sebagai burung simpanan oleh kerana bunyi suaranya merdu.



BURUNG MERBAH



Nama Melayu : Burung Merbah
Keluarga : PYCNONOTIDAE
Nama saintifik   : Pycnonotus finlaysoni
Nama Inggeris : Stripr-throated Bulbul

Saiz biasa : 18 cm

Ini adalah sejenis burung tanah rendah yang kadang-kadang dijumpai di kampong dan taman. Makanannya adalah buah-buah dan serangga. 


BURUNG TEMPUA


Nama Melayu : Burung Tempua (betina)
Keluarga : PLOCEIDAE
Nama saintifik   : Ploceus philippinus infortunatus
Nama Inggeris : Baya weaver (female)

Saiz biasa : 15 cm

Burung ini ada kelebihan luar biasa untuk tenunkan sarangnya. Sarangnya diperbuat oleh rumput panjang yang halus, dan ditenun dengan halusnya supaya berbentuk struktur kon yang bergantung dari sesuatu dahan. Sarang burung jantan dan sarang burung betina berbeza dengan corak, struktur, bentuk dan saiznya. Sarang burung jantan hanya ada tempat hingap, manakala di sarang burung betina, bahagian bawahnya dibulatkan untuk tempat bertelur.

BURUNG SAMBAR BIRU


Nama Melayu : Burung Sambar Biru
Keluarga : MUSCICAPIDAE
Nama saintifik   : Muscicapa thalassina
Nama Inggeris : Verditer Flycatcher

Saiz biasa : 13 cm

Ini adalah sejenis burung berwarna biru yang biasa ditemui di tempat peranginan tanah tinggi. Biasa dinampak di atas pokok dan di rimba gunung terbuka. Makanan utamanya adalah serengga yang ditangkap semasa ia berterbang biasanya daripada tempat singapnya. 


BURUNG LAYANG-LAYANG TIMUR


Nama Melayu : Burung Layang-Layang Timur
Keluarga : HIRUNDINIDAE
Nama saintifik   : Hirundo rustica
Nama Inggeris : Eastern swallow

Saiz biasa : 13 cm



BURUNG TAKOR API


Nama Melayu : Burung Takor Api
Keluarga : CAPITONIDAE
Nama saintifik   : Psilopogon pyrolophus
Nama Inggeris : Fire-tufted Barbet

Saiz biasa : 27 cm

Ini adalah sejenis burung berwarna-warni yang biasa ditemui di tempat peranginan tanah tinggi.Biasa dinampak dalam kumpulan kecil, di antara ranting dan daun pokok rimba. Bersarang pada bulan Februari. 

BURUNG RAJA UDANG


Nama Melayu : Burung Raja Udang
Keluarga : PICIDAE
Nama saintifik   : Alcedo atthis bengaiensis
Nama Inggeris : Common Kingfisher

Saiz biasa : 18 cm

Burung yang berwarna hijau-kebiruan, dengan paruh yang panjang, untuk menangkap ikan, makanan utamanya, dan disebabkan ia diberi nama burung Raja Udang. Mereka adalah burung yang bising serta bunyinya mudah dikenalkan. Makannya adalah ikan, beruduk, udang, ketam, katak kecil, cicak dan lain binatang kecil. Sarangnya dilubang pada terbing sungai yang curam.

BURUNG PUCONG KUAK


Nama Melayu : Burung Pucong Kuak
Keluarga : AEDEIDAE
Nama saintifik   : Nycticorax nycticorax
Nama Inggeris : Night Heron
Saiz biasa : 55 cm


Burung air Malaysia yang biasa, biasa dijumpai di paya air tawar, kolam, tasik bijih timah dan sungai. Burung yang tidur pada waktu siang dan cari makanannya pada waktu malam.

BURUNG TEKUKUR



Nama Melayu : Burung Tekukur
Keluarga : COLUMBIDAE
Nama saintifik   : Streptopelia chinesis
Nama Inggeris : Spotted Dove
Saiz biasa : 30 cm

Burung liar yang biasa dipelihara sebagai burung kesayangan oleh kerana kelebihannya menyanyi. Biasa ditemui di kawasan tanaman, tanah terbiar, tepi kampong dan ladang.

BURUNG BEREK-BEREK CARIK DADA


Nama Melayu : Burung Berek-berek Carik Dada
Keluarga : MEROPIDAE
Nama saintifik   : Merops philippinus
Nama Inggeris : Blue-tailed Bee-eater
Saiz biasa : 30 cm

Burung yang berwarna hijau, dengan paruh yang panjang, untuk menangkap lebah, makanan utamanya, dan disebabkan ia dapat nama bahasa Inggerisnya. Mereka adalah burung penghijrahan yang datang ke Malaysia di antara bulan Oktober dan April. Makannya adalah serangga yang ditangkapnya semasa ia terbang. Sarangnya dilubang pada terbing sungai berpasir yang curam atau kawasan berrumput yang terbuka. Biasa hidup dalam kumpulan koloni yang kecil.

BURUNG HELANG MERAH



Nama Melayu : Burung Helang Merah
Keluarga : FALCONIDAE
Nama saintifik   : Haliastur indus
Nama Inggeris : Brahminy Kite
Saiz biasa : 80 cm



RUJUKAN


  • http://members.tripod.com/fauna_my/fauna_my-aves/0-burung1.html, An Introduction to Malayan Birds; G.C. Madoc; (1956); Caxton Press; Kuala Lumpur, Malaysia; mukasurat (page) - 54. 
  • Birds of the Philippines; J. Delacour & E. Mayr; (1946); 
  • Macmillan; New York; mukasurat (page) - 77. 
  • Common Malayan Birds; M.W.F. Tweedie; (1960); 
  • Longmans; Britain; mukasurat (page) - 15. 
  •  Pengenalan Burung-burung Malaysia; G.H.W. Davison, K. Phillipps, Alias Kamis; (1989); 
  • Federal Publications; Petaling Jaya, Malaysia; mukasurat (page) - 40.  


6 comments: